Saturday, September 11, 2010

Hikmah Musibah

Ringkasan artkel "Hikmah Musibah" oleh Pahrol Mohamad Juoi
Dari Majalah Solusi Isu no 19

Selaku umat Islam kita wajib meyakini kasih sayang Allah yang sentiasa melindungi kahidupan kita. Kalimah "Bismillahir Rahman nir Rahim" - dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang - sentiasa menjadi sebutan kita.

Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Adakah sudah sirna kasih sayang-Nya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kadang-kadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi sebenarnya ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, Insya-Allah.

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketengan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa.

Hikmah kata Ibn Ata'illah

Seorang ahli hikmah, Ibn Ata'illah Askandari pernah berkata, sesiapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hatinya."

Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatan pahit. Beliau berkata lagi,"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu tanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu pendekatan Allah untuk mendidik manusia dan tiada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Apabila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dia yang menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan kamu yang terbaik amalannya."(Surah al-Mulk 67:2)

Apa itu Musibah dan Kenapa Perlu?

Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibag ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia iaitu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain-lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musbiah?

Musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah Maha Mengetahui) sejauh mana keimanan hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."(Riwayat Muslim no 6708)

Bersambung.....

Ulasan: Marilah kita mengharapkan keredhaan Allah. Ya Allah, ringankanlah beban kami. Mudahkanlah urusan kami. Kuatkanlah iman kami. Amin

Tuesday, July 13, 2010

Aku lebih baik daripada kamu?

by Pahrol Mohamad Juoi

(Ringkasan dari Solusi Isu No 21)

Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan ekslusif Allah s.w.t. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabarNya. Orang yang takabbur pasti lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku. Maka seiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti kulemparkan ia ke dalam jahanam." (Riwayat Abu Daud no 4092 dan Ibn Majah no 4147)

Para ulama menjelaskan ada tiga ciri utama individu yang takabbur. ciri-ciri itu adalah:
- Merasa diri lebih
- Menghina orang lain
- Menolak kebenaran

Tanda Takabbur
1. Tidak suka berdoa
2. Mudah Terluka dan Melukakan Hati Orang Lain
3. Sukar Memberi dan Meminta Maaf
4. Memotong Cakap Orang Lain
5. Gila Kuasa dan Jawatan
6. Cara Berpakaian dan Berjalan yang Angkuh
7. Gila Pujian
8. Bencana yang Menimpa Pesaignya Dianggap Hasil Kelebihan Dirinya
9. Tidak Suka Berziarah

Kesan Takabbur
1. Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur
2. Tidak disukai Allah
3. Terhalang daripada masuk syurga
4. Idaman neraka jahanam
5. Terjerumus dalam maksiat
6. Allah tidak akan memandang kepadanya
Sabda Rasulullah yang bermaksud:"Tiga (golongan) yang mana Allah tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat kelak dan tidak disucikan Allah iaitu orang tua yang berzina, raja yang menipu dan orang fakir yang sombong." (Riwayat al-Baihaqi)
------------------------------------------

Marilah kita saling maaf-bermaafan diantara satu sama lain.
I feel pity for other people who still deny other people's rezki from Allah....
Get your life and move on... :D

Wednesday, June 23, 2010

Batu Hidup... percaya tak?

SOIL THAT VIBRATES AND SWELLS AS IT COMES TO LIFE


5- ...You see the earth barren and lifeless, but when We pour down water on it, it vibrates, it swells and puts forth every kind of beautiful growth in pairs.
22-The Pilgrimage, 5

It is general knowledge that there is no life without air and water. Does it ever occur to anyone that soil also is a prerequisite to life? The soil is in continuous development. Throughout thousands of years, especially by the effect of water, it has undergone transformation by erosion of the Lithosphere. As the rate of this erosion is 0.01 mm per year in hard rocks, this transformation is imperceptible (This rate rises up to 20 mm in warmer regions). In this transition process, the earth rises from the inorganic world of minerals to an organic sphere. In a fertile section of earth 1 m3 there are some 30 million bacteria.

The above verse refers to reactions that occur in series after rainfall. The vibrating and swelling of soil were at first believed to be literary expressions. But Robert Brown’s discovery of the earth’s shaking referred to as “Brownian movement” was another proof of the Quran’s miraculous insight. Three stages are mentioned in the Quran, namely:

1) Earth’s vibrating
2) Earth’s swelling and
3) Earth’s products in pairs.

1) In the first stage, particles in the soil begin moving upon the fall of rainwater. Raindrops falling on the earth at random move in every direction. The particles are ionized. They are positively ionized as there is a fall in the electrical charge and negatively ionized as there is a rise in the electrical charge. With the arrival of water the ionized molecules begin vibrating. Robert Brown, who discovered this phenomenon in 1828, called this movement: “Brownian movement.”

2) The second point refers to the growth in size of the earth’s particles as they absorb water. Soil particles are composed of joint layers. Between any two layers, there are spaces that allow water particles and dissolved ions to enter. When water and the nourishing elements dissolve in it, they diffuse between layers, resulting in the swelling of the size of the soil particles. The soil’s property of holding water prevents its penetration any deeper, and thus provides for organisms and plants to live.

3) The third stage refers to the germination of seeds. As the verse points out, the fertilization process has started. The soil that seemed dead comes to life with water, giving in turn life to vegetation that begins to sprout.

There are many references to the creation of plants. Parallels are drawn between the creation and restoration to life of plants and the resurrection raising from the dead. The period when a plant begins to sprout is likened to youth, and the period when the plant ripens to adolescence, and then to maturity. Just like a man gets weaker and frailer as he grows older and wrinkles appear on his skin, so do plants dry and lose their luster. When they die, they mix with the soil, just like the corpse of a man. As plants grow again, so will man rise from the dead. God, who causes plants to die every year and regenerates them, so will He raise men from the dead.

33- One sign for them is the dead land. We revive it and produce from it grains which they eat.
36-Ya-Seen, 33


Resource: http://www.quranmiracles.com/articles.asp?id=15

Tuesday, June 8, 2010

Misteri Solat Subuh

by Dr Raghib As-Siriani

Pernah salah seorang penguasa Yahudi, menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu perkara iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh sama dengan jumlah jemaah mereka yang menunaikan solat Jumaat.

Sama ada perkataan ini memang benar diucapkan orang Yahudi atau tidak, yang pasti ini benar adanya.

Tanpa solat Subuh, umat Islam tidak lagi berwibawa. Tidak selayaknya umat ini mengharapkan kemuliaan, kehormatan, dan kejayaan, jika mereka tidak memperhatikan solat ini.

Ada sesuatu catatan yang mungkin aneh, namun begitu penting. Saya mendapatnya dalam Surah Al-Israa'. Terdapat firman Allah yang bermaksud:

"Dirikanlah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan (dirikanlah) solat Subuh sesungguhnya solat Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)." (al-Israa':78)

RAHSIA SALAHUDDIN MENGEMBALIKAN KEKUATAN UMAT

Bagaimana usaha yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayyubi dalam mengembalikan kekuatan umat? YAng pertama beliau perhatikan adalah mendorong mereka menunaikan solat di masjid. Beliau meyakini, hanya tentera yang solat berjemaah sahajalah yang mampu mengalahkan orang Kristian atau musuh-musuh Allah yang selainnya.

"Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." (Al-Hajj:40)

Tuesday, June 1, 2010

Tanda-tanda saat kematian

Hafsah r.anha meriwayatkan Umar r.a. berdoa, “Ya Allah, kurnialah aku mati syahid dalam membela agamaMu, dan tempatkan kematianku itu di negeri Rasulmu s.a.w.”. Hafsah r.anha bertanya, “Bagaimana bisa?”. Ujar Umar r.a., “Insya Allah akan dikabulkan”.
_________________________________________________________

dapat risalah dari jualan amal madrasah al-nur arabiah, Pasir Gudang, Johor.
Bila browse kat BicaraMuslim.com, ada petikan yang sama.

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati
di arash akan jatuh dan malaikat maut
pun datang kepada orang dengan nama
tersebut lalu mendampinginya sehingga
saat kematiannya. Kadang-kadang orang
yang akan mati itu akan merasa atau
nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan
seperti sedang rungsing.

d) 7 hari :
Mengidam makanan.

e) 5 hari :
Anak lidah bergerak-gerak.

f) 3 hari :
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di
antara waktu subuh and asar.

i) Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga
ke tulang solbi (dibahagian belakang
badan)

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan
ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis
ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian >Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh
orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju
ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Araf

Thursday, May 27, 2010

Menangani Ketagihan Nafsu 'Gelap'

Zaharuddin.net's Notes.
Menangani Ketagihan Nafsu 'Gelap'.

Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.

Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.

Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.

JAWAPAN

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.

Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.

Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ

Ertinya :

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa jawapan saya (RUJUK WEBSITE) sebelum ini :-

* · Zuriat dan keluarga zina

* · Gadis Hampir terlanjur

* · Lelaki telah terlanjur

Allah swt juga menegaskan :-

إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)

BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ?

Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.

Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Apa yang perlu adalah : -

* Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.

* Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.

* Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.

Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Seperti menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.

Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan, bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah. Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.

Pesakit kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat buruk melanggarinya.

Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefahaman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.

Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

* azab api neraka,
* azab kubur,
* mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
* kejauhan dari rahmat Allah swt serta
* tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
* dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

* penceraian akan berlaku akibatnya,
* pasangan zina mengandung,
* bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
* mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
* apa akan jadi kepada anak-anak ?,
* kejian masyarakat,
* ditangkap basah dan diumum di media,
* adik beradik mengeji,
* akan dijangkiti AIDS,
* dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
* dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG?

Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.

SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-



* 1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.





* 2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.





* 3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.





* 4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.





* 5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.





* 6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.





* 7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.





* 8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.





* 9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.





* 10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.





* 11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan





* 12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.





* 13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.





* 14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.





* 15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.





* 16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-



وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )





* 17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.





* 18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.





* 19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.





* 20. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )



Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

original article : http://www.zaharuddin.net/content/view/856/72/

Tuesday, May 18, 2010

Sindrom Hotaru no Hikari


Pernah tak anda terjumpa orang yang begitu bersemangat bekerja, sanggup bersusah payah demi keluarga, kawan dan orang yang tercinta tapi pada diri dia, dia tidak perlukan apa-apa kecuali bermalas-malasan?

Dia akan struggle untuk buat apa sahaja tugasan yang diberikan. Kalau dia seorang pelajar, dia akan belajar bersungguh-sungguh. Kalau dia seorang pekerja, dia akan bekerja bersungguh-sungguh.

Tapi jika kita tanya pada dia, apa yang dia mahu dalam hidup dia. Dia akan terpinga-pinga sebentar. Sebab dlm aturan hidup dia, dia akan buat yang terbaik. Dia lebih cenderung untuk bekerja dengan orang lain berbanding untuk kerja sendiri. Jadi, walaupun dia telah menjadi pekerja yang berpangkat tinggi, belum tentu lagi itu adalah kemahuan dia yang sebenarnya.

Kalau dia belum bercinta, mungkin dia hanya akan minat orang yang dia suka dari jauh sahaja. Dia tak akan berusaha untuk mendapatkan peluang untuk menghubungi orang itu. Kalau orang yang dia suka adalah kawannya, dia akan bersusah-payah membantu tapi bukannya bersusah payah untuk merebut cinta atau menunjukkan cinta dia kepada si dia. Ada orang kata dia ada ego kerana menahan perasaan. Tapi dia tidak ego.

Dia mengalami Sindrom Hotaru No Hikari... Hanya orang yang benar-benar memahaminya akan menjadi pusher untuk menggerakkan /mencetuskan kuasa dalaman dia. Pusher akan memastikan dia berjaya menyampaikan mesej cinta kepada sidia. Pusher akan memastikan dia tahu apa yang dia hendak dlm hidup dia. Penat menjadi Pusher kepada orang yang mengalami Sindrom Hotaru No Hikari nih...

Walaupun kita rasa kasihan kepada orang yang sebegini, tetapi bagi mereka, tidak ada tekanan dalam hidup. Ini kerana mereka mudah menerima keadaan di sekeliling mereka. Mereka tidak mudah stress, mungkin hanya kecewa sedikit kerana gagal menggembirakan orang yang dia mahu. Tetapi stress yang mereka alami tidak berpanjangan. Mereka akan sentiasa cool down, and do their best. I know that many of us wish to have a 'Cool Down Syndrome'. Memang susah nak dapat penyakit Darah Tinggi :D

Adakah sindrom Hotaru no Hikari ni berpunca daripada tekanan yang dia alami semasa dia masih kecil lagi? Apa pendapat anda?

Thursday, May 13, 2010

Suara pengubat Jiwa

Siapa sangka suara boleh menjadi pengubat jiwa.

Bila rindu, dengar suara sudah cukup mengubat rindu.
Bila bersedih, dengar suara sudah cukup hiburkan kita.
Sebab itu, kita perlu bercakap dengan penuh hikmah, tak perlu menengking, menjerit atau marah2.

Hayatilah masa bersama anak ketika dia masih perlukan kita. "We are wanted".
Bila dia makin pandai berdikari, secara tak langsung, dia makin kurang perlukan kita. And at that time we are not really wanted...unless we always be at their sides... (not to spoil the kid, but to guide them :D)

Some people think,"Don't get things complicated unless you tell your parents". But someday, you'll be a parent too, and yet your kids will do the same things to you too...
Thus, think positive :D
Think wisely
Think, think, think why our parents love us...

"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)
__________________________

Suara ibu boleh tenangkan anak

2010/05/13

SINGAPURA: Satu penyelidikan terbaru mendapati, suara ibu sudah cukup untuk menenangkan anak mereka, penemuan yang pasti memberi kelegaan dan mengurangkan rasa bersalah ibu bekerja kerana hanya dapat berhubung dengan anak melalui telefon pada kebanyakan masa.

Kajian dijalankan penyelidik Amerika yang ingin mengetahui bagaimana interaksi suara memberi kesan kepada orang tersayang, menguji paras hormon penenang oxytocin ke atas kanak-kanak perempuan yang sedang menghadapi tekanan.

Seramai 61 kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh dan 12 tahun, diminta mengaturkan satu persembahan di hadapan orang tidak dikenali dan kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan

Satu daripada kumpulan itu ditenangkan oleh ibu yang hadir selepas persembahan, kumpulan kedua bercakap dengan ibu masing-masing hanya melalui telefon manakala kumpulan ketiga tidak berinteraksi langsung dengan ibu mereka.

Hormon tekanan kanak- kanak berkenaan dipantau sepanjang proses itu dan penyelidik mendapati, kanak-kanak yang ditenangkan sama ada secara fizikal atau dengan suara, mengeluarkan paras oxcytocin yang sama, berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan ibu mereka.

“Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang kurang sokongan daripada keluarga dan rakan akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih rendah.

“Interaksi suara mungkin mampu memberi kelegaan yang sama dengan hubungan secara bersemuka, termasuk sentuhan,” kata penyelidik. – Reuters

Monday, May 10, 2010

BaCa Lah Anak Ku... aduuiiiiii


Kalau dulu kita tak pergi Tadika, mak dan ayah tak pening kepala kerana darjah 1 memang belajar ABC ... Tapi sekarang lain. Darjah satu dah mesti pandai baca, bahkan dah kena pandai buat ayat.

Jadi, bila anak dah umur 6 thn, kalau tak pandai baca lagi...kita dah mula rasa gusar. Apakah cara yang paling efektif untuk anak pandai baca? hantar tadika dah memang confirm buat. Kerja sekolah pun memang confirm cikgu ada bagi. Tapi adakah mereka betul2 sudah boleh membaca dan sudah ada pemahaman yang mantap?

Kecerdasan anak adalah berbeza bagi setiap individu. Tetapi itu bukanlah satu alasan kalau anak kita masih belum pandai membaca. Mesti boleh. Tak boleh kalau kita fikir belum tiba masanya lagi.

Masalah yang akan dihadapi jika kita menggunakan Read Easy dan Bacalah Anakku secara leka ialah anak akan menghafal ayat. pelik tetapi benar. Suku kata memang digunakan berulang-ulang tetapi mereka masih tak dapat bunyikan. Malah mereka menghafal ayat tersebut. Patutlah laju je baca...rupa-rupanya hafal. Bertuah betul anak.. :D

Jadi, penyelesaian pertama yang cuba dibuat ialah menggunakan Kad Suku Kata. Memang bagus. Merangkak-rangkak dia baca. One step forward. But not good enough.

Penyelesaian yang kedua, ialah membeli buku aktiviti Read Easy dan Bacalah Anakku.
Sambil dia membuat aktiviti buku tersebut, dia refer sekali pada buku bacaan. Ada perubahan yang baik. Dia dah mula sedar membaca buku tak cukup tapi dengan latihan, dia makin memahami bacaan buku tersebut. One step forward but not good enough.

Penyelesaian yang ketiga, disebabkan pengaruh PC Games dan PS2/PSP makin kuat dikalangan anak-anak, saya membeli CD PC Game yg berbentuk educational. Menariknya bermain game tersebut sehingga mereka terjerit2 menyebut words yang dipaparkan. Tapi pada permulaan game tersebut memang kena dibimbing kerana mereka tidak biasa dengan steps dlm game tersebut. Bila mereka dah tahu apa yang perlu dibuat, baru seronok mereka bermain. Alhamdulillah...one step forward but still not good enough.

Penyelesaian yang keempat, menanti masa yang sesuai utk mereka membaca buku cerita selain asyik baca komik. :D

Monday, May 3, 2010

Muhammad S.A.W menurut pendapat Ahli-Ahli Fikir Barat yang jujur

Salah satu para intelektual dan ahli fikir barat yang menumpukan minatnya di atas peribadi atau personaliti Baginda ialah Michael Hart.

____________________________________________
(Wikipedia)

His first book was The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, which has sold more than 500,000 copies and been translated into 15 languages. What mainly surprised readers in this book was the first person on Hart's list (Hart, 1992). Hart decided to choose Muhammad over Jesus or Moses. Hart attributes this to the fact that Muhammad was "supremely successful" in both the religious and secular realms. He also writes that Muhammad's role in the development of Islam is far more influential than Jesus's collaboration in the development of Christianity. He attributes the development of Christianity to St. Paul, who played a pivotal role in the dissemination of Christianity.
_____________________________________________

Mereka benar-benar mengkaji kejayaan Rasulullah. Adakah dalam hati kita ada cinta tulus kepada Rasulullah dan benar2 mengenalinya?

Saturday, May 1, 2010

Drama Crazy....

Due to my addictness to asian drama, I could watch 16 episodes of You're Beautiful within 4 days. Laughing, smiling and crying while watching the drama. Our life is already a drama...
Do you feel angry, happy, or sad today? Why?

You're Beautiful / You’re Handsome / 미남이시네요





Tae Kyung and On Yu are in search of a new member for their idol group, A.N.JELL. However, since Mi Nam suffers an injury at the last moment, his twin sister Min Nyu is asked to step in for him. The rest of the drama follows the behind-the-scenes life of an idol group.

(Credits: DramaWiki)

Wednesday, April 28, 2010

CaRa MenGHaDaPi Org Yg Tak Reti BaHaSa

Moga kita mendapat hidayah drpd Allah dan berada di atas jalan kebenaran. Ada kalanya kita mungkin sangka kita di pihak yang benar, menjadi bodoh sombong kerana tak mahu mendengar nasihat dan mungkin menegakkan benang yang basah atas suatu perkara yang kita pikir mungkin betul.

_________________________________________________________

Berpalinglah Anda Dari Orang Yang Bodoh


Menurut Imam Ahmad, erti kata ats-tsuqala' adalah ahli bid'ah. ada juga yang mengatakan bahawa ats-tsuqala' bererti orang-orang yang bodoh. Sebahagian yang lain ada yang mengertikan sebagai orang yang memiliki tabiat kasar, memiliki kecenderungan untuk menyimpang, dan orang yang rendah tingkah lakunya.

....mereka seolah-olah kayu yang tersandar... (Al-Munafiqun:4)

...(orang-orang munafiq) hampir-hampir tidak memahami perbiacaraan sedikit pun. (An-Nisa':78)

Asy-Syafi'i berkata tentang mereka (ats-tsuqala'): "Jika saya duduk bersama seorang yang bodoh, terasa dunia ini menjadi miring ke arah dia."

Ketika Al-A'masy melihat orang yang bodoh, maka ia pun membaca:

Ya Tuhan kami, hindarkanlah kami dari azab itu.Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang beriman. (Ad-Dukhan: 12)

Tak ada perbezaan
dalam hal tinggi pendeknya perawakan suatu kaum
kalau keduanya
sama-sama seperti kerbau dan udang.


Apabila Ibnu Taimiyyah duduk bercampur dengan seorang yang dungu, maka ia berkata, "Duduk dalam satu majlis bersama orang-orang dungu mengakibatkan demam semusim."

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan jika kamu melihat orang-orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka...(Al-An'am: 68)

...maka janganlah kalian duduk bersama mereka...(An-Nisa':140)


Rasulullah S.A.W bersabda:
Perumpamaan teman duduk yang jahat adalah seperti peniup unggun api.

Manusia yang paling dungu adalah yang sama sekali tidak memiliki nilai-nilai keutamaan dalam dirinya, tidak mempunyai tujuan-tujuan yang jauh ke hadapan, yang selalu memperturutkan keinginan nafsunya, dan yang tunduk kepada kesenangannya.

......maka janganlah kamu duduk beserta mereka sehingga mereka beralih ke pembicaraan yang lain. Sesungguhnya jika kamu berbuat demikian, tentulah kamu serupa dengan mereka....(An-Nisa':140)

Seorang penyair berkata:

Kamu ini betul-betul dungu.
Kalau dilihat kamu ini manusia
tetapi tak ubahnya dengan gajah.


Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata:"Jika anda diuji dengan kehadiran seorang yang dungu, bolehlah anda mendekat kepadanya, namun alihkanlah jiwamu darinya. Setelah itu, menjauhlah dan pergilah dari sisinya. Jangan dengar perkataannya dan berpalinglah darinya hingga Allah memberikan keputusan antara anda dan dia."

..dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat (mentauhidkan) Kami, selalu menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas...(Al-Kahfi:28)

Tuesday, April 27, 2010

KeNaPa PeRLu TuTup AuRaT?


1. Kerana kita adalah ciptaan Allah yang sempurna.

Sebagai khalifah di muka bumi ini dan bukannya taraf seperti binatang yang memang tidak memakai baju....
2. Kerana kita perlu melindungi tubuh kita dari dipandang oleh kaum lelaki.

Ada orang kata tubuh kita yang sempurna perlu dihayati dengan mempamerkannya. Tetapi sedarkah meraka pameran tersebut perlu kepada yang hak saja iaitu suami mereka. Pameran tersebut benar-benar menunjukkan bahawa mereka tidak malu dan tidak segan silu. Nabi s.a.w pernah berkata bahawa apabila wanita itu tidak tahu malu, itu tanda-tanda akhir zaman...

3. Kerana kita ada maruah, hormat dan sayang pada diri sendiri.

Cuba kalau kita lihat orang yang gila yang mana akal meraka tidak berfikiran waras. Adakah mereka mampu untuk menyayangi diri mereka dan rasa malu...tidak mampu mereka lakukan kerana mereka sudah gila.... Jadi, adakah kita sudah gila apabila kita tidak sayang pada diri sendiri dgn sanggup merendahkan diri sendiri dengan menjadi pameran kepada orang-orang yang bukan muhrim kita?

4. Kerana kita tahu apa yang lelaki fikir jika kita berpakaian seksi.

Sudah tahu bertanya pula.... memang dasar lelaki tak tahan melihat wanita. Tapi apakan daya bila ada wanita lagi suka bila lelaki katakan pada dia yang dia cantik, sexy dan bergaya. Memang wanita sukakan pujian tapi sedarkah dia bahawa pujian itu hanya patut diluahkan oleh suami, bukan lelaki buaya darat. Bangga hingga lupa diri. Nauzubillah.... Bukakanlah hati mu, lihatlah alam ciptaan Allah. Adakah kita mampu menjadi ahli syurga? wallahualam...

Diri kita sendiri yang menentukan harga maruah diri kita. Adakah diri kita murah ataupun mahal? Fikir2lah...

Friday, April 23, 2010

Kenapa ada anak-anak yang nakal/meragam?


Kadang-kadang anak selalu meragam. Tak kira masa. Tapi ada masa tertentu especially bila waktu malam dalam kul 3 atau 4 pagi. Kadang-kadang mengigau. Kalau selalu mengigau mesti kita rasa pelik.

Kalau kita suruh mereka solat atau belajar, mungkin mereka akan dengar cakap kita tapi rasa liat sangat nak buat. Tapi mungkin mereka akan memberontak. Cepat marah dan mengamuk hanya disebabkan perkara yang kecil.

Kalau mereka belajar, adakah mereka mudah memahami pelajaran tersebut ? Kadang-kadang puas dihafal bacaan ayat al-Quran jus Amma tapi susah juga nak diingat.

Dalam sebulan, adakah dia selalu sakit? demam panas?

Bila kita melihat kepayahan anak untuk menghadapi kesukaran mereka belajar dan perasaan mereka yang tak menentu, adakah kita tahu puncanya? Salah satu caranya ialah melalui bacaan Al-Quran. Mari kita lihat kaedah yang disyorkan oleh Ustaz Majid.
___________________________________
Ketika anak anda tidur, lakukan langkah-langkah berikut:

1. Ambil wudhuk

2. Letakkan tangan anda di kepala anak berkenaan.

3. Baca - Al-Fatihah (1 kali), Ayat Kursi (7 kali), Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (Setiap satu 3 kali).

4. Perhatikan tangan dan kaki anak anda. Adakah bergerak-gerak semasa bacaan dilakukan?

5. Jika ada, kemungkinan ada gangguan.

Rawatan:

1. Azankan 7 kali di telinga anak berkenaan; atau

2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi dan 4 Qul.

Jika masih ada gangguan, ulangi rawatan. Tetapi jika masih berlaku, berjumpalah mu'allij yang anda yakini. (Dari: Berdialog dengan Jin, Diari seorang perawat oleh Ustaz Abd. Majid Hassan)
__________________________________________
p/s: Saya selalu bacakan al-Fatihah 40 kali, dengan sertakan niat pada ayat ke-4 (Iyya..). Kadang2 nampak jugak jari kaki anak bergerak2... bila hari yang berikutnya dibacakan, makin kurang gerakan...

Thursday, April 22, 2010

Trust Your Lord

Life is an Open Secret by Zabrina A. Bakar

Secret 18: Trust your Lord

Listen to what Allah said here:

(or did you imagine that you were going to enter the Garden without God knowing those among you had struggled and knowing the steadfast?) (Al 'Imran 3:142)

So, the reason why Allah tries us is actually to see if we are qualified for His jannnah - just like when we have to sit for an entrance examination before enrolling into a prestigious institution. If we pass the test and make the cut, we are in. Otherwise, there is no place for us there. It is very fair, don't you think?
_______________________________________

Saya percaya, setiap kejadian ada hikmahnya. Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin apa yang kita tidak suka itulah yang terbaik buat kita. Yang penting, kita redha dgn Qada' dan Qadar.

Marilah kita buat yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita.

Wednesday, April 21, 2010

Nak kurus tak?



The best way to keep you in great shape is to take care of your 'Hati' or Liver.
Inilah rahsianya untuk mudah kurus. Sebab, Hati lah yang memecahkan lemak2 yang kita makan, membantu memproses metabolisma dan sebagai penawar kepada toksin atau racun dalam tubuh badan kita.

So, camana kita nak jaga hati kita supaya sentiasa sihat:-

1. Mengambil protein yang secukupnya.. makan ikan, ayam, daging, telur dan taufu
2. Minum air secukupnya
3. Mengambil vitamin supplement, seperti vitamin K utk masalah pendarahan.

Jadi, jagalah pemakanan kita. Jgn makan junk food byk2...nanti hati kita berat nak proses sbb byk chemical.

Ada kaitan kurus ke dengan hati kita? Ada.... Bila jaga pemakanan, secara tak langsung, kita akan kurus dgn sendirinya...

p/s: Nanti bole la melompat macam gambar di atas. Bole caya ke... Malaysia Boleh!

Tuesday, April 20, 2010

Wasiat

50 Wasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita
Oleh: Majdi As-Sayyid Ibrahim


Akhlak Yang Baik

Dari Abud-Darda' radiyallahu'anhu, dari Nabi S.A.W, beliau berkata:

"Sesuatu yang paling berat dalam timbangan adalah akhlak yang baik."

Akhlak yang baik adalah menahan amarah kerana Allah, memperlihatkan wajah yang berseri kecuali kepada ahli bid'ah dan orang keji, memaafkan orang yang salah kecuali untuk mendidik, menegakkan hukuman, tidak mengganggu orang Muslim dan orang yang terikat dalam perjanjian kecuali ada perubahan yang dilakukan orang mungkar dan ada kezaliman terhadap orang yang dizalimi.

p/s: Jika kita jenis bermasalah, adakah wajah kita lebih berseri2 bila bersama dengan kawan2 atau bila bersama dengan parents? fikir2kanlah....

Monday, April 19, 2010

Are you smart enough to work at Microsoft?


"Outliers"
by Malcolm Gladwell

At Microsoft, famously, job applicants are asked a battery of questions designed to test their smarts, including the classic "Why are manhole covers around?" If you don't know the answer to that question, you're not smart enough to work at Microsoft.

______________________________________________

Ok, guys.... aku yg dah keje kat Telco company nearly 10 years pun tak reti jawab. Kalau kome pandai jawapla thru comment at this blog...kalau betul, aku salute. Jawabla dulu. Nanti aku bagi jawapannya (around 6 pm today)... :D


The answers: jeng jeng jeng...

A round manhole cover can't fall into the manhole, no matter how much you twist and turn it. A rectangular cover can: All you have to do is tilt it sideways. There: now you can get a job at Microsoft. :D

Sunday, April 18, 2010

Sweet Like Chocolate 1st contest

Hi Tifa and friends....

ini adalah video yang kita dah berjaya godek2 dlm PC....

Nama anak: Nur Alia
Umur: 4 thn

Nama anak: Hafiz Naufal
umur: 6 thn

Tajuk: Concert 2009



http://www.youtube.com/watch?v=3F6A4_Fchmc

Semoga terhibur... :D

Please refer to Tifa's blog for the contest. Ni last minute masuk nih...
Tifa's Contest

Thursday, April 15, 2010

No StRinGs AttAchEd



Internet...Internet...Internet. Without it, I would not be able to connect to the other world. But how to get it without any thoughts?

It's a high-speed wireless broadband. P1, the new comer but dare to compete with other existing telco especially Celcom, Digi and Maxis.

But the most important thing is how to make it nice to use and better than others.
P1 has a fixed desktop modem solution. Not to be forgotten, the Internet on-the-go called WIGGY. It is the plug-and-play modem. Without headache, you can just use it at your fingertips.

3 Things you should know it is different from others:-

1. Made for quickies

Instant satisfaction means...no waiting. If normal dial-up, you have to wait it to dial first, if the login is succesfull - cheers else dial again. Lastly, you'll get frustated if the login is still failed.

2. Pocketsize

Can be brought to anywhere in your pocket or small handbag. Everybody wish it and it comes true...

3. Not just for looks

Everybody has high expectations. Fast and good traffic is the best. No highway jammed. Feeling "I am the conqueror". But how to get it? And here's the solution....WIGGY ...tiny in size. However, the look is not enough. It does big performance. It is like the Tinker Bell, the fairy with the Peter Pan. She helped Peter Pan to get back to the their world and be the hero again.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Bayi tercekik bebola ikan - Harian Metro

_________________________________________________________

“Sebaik tiba, pihak hospital memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat tercekik bebola ikan,” katanya kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Rembau itu.

Dia kesal dengan kecuaian pengasuh terbabit menyediakan sarapan bercampur bahan sebesar ibu jari dan diberikan kepada bayi sekecil anaknya.


____________________________________________________


Bukan salah taska tu sahaja. Ibu bapa baby tu pun patut bersalah juga kerana malas nak sediakan makanan baby depa. Selagi baby belum ada gigi penuh, RAJIN-RAJINKANLAH buat bubur untuk anak. Taska mana rajin nak blender nasi ngan lauk yg depa masak...

Kalau nak ada anak, kenalah rajin berusaha untuk menyiapkan persiapan untuk anak...jangan buat kerja mudah melayan kemalasan sendiri...kesian kat anak. They don't deserve to get the consequences of parent's laziness....

So, nasi dah jadik bubur. Allah lebih sayangkan baby tu. Dah takdir ajal dia untuk mengadap Allah dlm usia yg muda. Ahli syurga...beruntungnya dia. Apa pula nasib kita di akhirat nanti...?

Kalau ditinggalkan kekasih, adakah...



1. Rasa kecewa sangat-sangat sampai rasa nak lari jauh-jauh dari semua orang?

Tak perlu nak lari sebab yang tinggalkan kita hanya sorang je, ramai lagi yang ada kat sekeliling kita termasuklah keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, jiran...etc
Diaorg tak buat salah pun, yang melukai hati kita hanya sorang...

2. Rasa rendah diri sampai terfikir, apakah salah aku?

Tak perlu rasa bersalah. Ada banyak sebab dia tinggalkan kita. Kalau dia tinggalkan sebab dia jumpa org lain, itu kerna dia tidak setia. Kalau tak setia, jgn teruskan hubungan nanti kita juga yang merana. Ramai yang sanggup utk berkawan tapi mesra/curang dengan kekasih kita kerana mereka tidak kisah untuk menumpang kasih/bermadu dengan kita...ahaks. Gila kan dunia ni...sanggup nak berkongsi kasih...

3. Rasa terhina kerana ditinggalkan tanpa kata perpisahan atau ucapan selamat tinggal?

Dlm hubungan sebegitu, mmg tak perlu kata yang gentle sbb ada kekasih yang gelap hatinya sampai tak nampak jalan..biarlah... Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Suatu hari nanti, dia pun akan ditinggalkan tanpa sebab..

4. Rasa ...this is the end of my life...

This is not the end, this is the beginning of your life. Allah dah tentukan jodoh masing-masing sejak dari azali lagi. You're going to meet other person who might be the mr Right. Just get ready...

If I am Ip Man master, I would …


be like the Kung Fu Panda. Never care about my weight but fit enough to get what I want.

And always side by side with my gang.









Get tickets free at meh klik di sini...cepatla..




Sypnosis

After his victory over the Japanese General in Foshan, Ip Man moves to Hong Kong. He sets up a martial arts school to teach Wing Chun. Here, he is challenged by other kung fu masters, including Sifu Hung who masters in Hung Quan. Sifu Hung and Ip Man draw a tie in their challenge and the latter is adored as a recognized master in Hong Kong.

Meanwhile, Twister, the powerful but cruel boxer champion who despised Chinese kung fu destroyed the fruit market and harassed the kung fu institutes. Twister, who also resulted in Sifu Hung’s death, then challenged the Chinese kung fu masters for a public combat. Ip was filled with grief and indignation and he decided to take up the challenge. He swore to claim back the dignity of Chinese kung fu and the Chinese people. A furious fight is about to begin…

Act Like a Lady, Think Like a Man


by Steve Harvey

What really makes men tick? Steve Harvey lets you inside the mind of a man. Read Chapter 4 of his new book.

"We Need to Talk," and Other Words That Make Men Run for Cover

"We need to talk."

For a man, few words are as menacing as those four—especially when a woman is the one saying them and he's on the receiving end. Those four words can mean only two things to men: either we did something wrong or, worse, you really literally just want to talk. Now, we understand that we're not the essence of perfection and there are going to be times when you're mad at us and need to let us know it; we get that, though we don't necessarily want to have to concentrate on an hourlong angry lecture about how we screwed up. But even more? No man wants to sit around gabbing with you like we're one of your girlfriends. Ever. It's just not in our DNA to lounge around, sip coffee, and dab at our eyes with tissue as if we're in an AA meeting or on some psychologist's couch trying to get things off our chest. When men are talking, and especially when they're listening, it's with purpose.

We don't vent.

We just want to fix whatever situation is upsetting the balance.

We understand that this frustrates you time and time again, because sometimes you want to talk to share and get someone else's take on a situation—you know, put a listening ear on it. But seriously? That's what your girlfriends are for. You lay out your problem and she'll commiserate with you—give you all kinds of "yeah, girls" and "I know that's right," and nod and agree and tell you stories about how the same thing happened to her. She'll even go on to give you concrete examples of every other time something like this has happened to other women throughout the history of the world, and, hours later, you all will get up from the couch, having solved nothing but feeling so much better.

Wednesday, April 14, 2010

Kemaruk Minyak Pengasih - Berita Harian

Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Memang dah nak akhir zaman bila ramai yang mula sanggup melakukan perkara yang salah walaupun untuk tujuan murni.
____________________________________________________
"Tujuan asal saya menjual minyak pengasih ini adalah untuk membantu pasangan suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga kerana ia dipercayai dapat mengembalikan ikatan kasih sayang seperti sedia kala," katanya ketika di temui di sebuah lokasi beli belah terkemuka di sini, semalam.

Dengan jujur, Nor Rohani berkata, kebiasaannya dia turut menawarkan khidmat tambahan kepada pelanggan dengan menitiskan darah yang diambil dari jari kelingking pembeli ke dalam minyak pengasih itu selain membacakan mantera, bagi memastikan kemujarabannya.
"Saya akan bacakan sedikit mantera dengan nama pembeli dan titiskan darah mereka dan setakat ini memang mujarab. Sejak berniaga hampir 10 tahun, belum ada lagi mengadu minyak pengasih yang saya jual tidak mujarab.

_____________________________________________________

Bila yakin dengan cara yang salah itu lebih mujarab, bermulalah perkara yang syirik. Nauzubillah. Syaitan akan bertepuk tangan dengan kejayaan rancangan mereka.... Memang syaitan akan sengaja menjayakan usaha mereka kerana yang penting, mereka telah menjadi syirik dan tidak yakin dengan Al-Quran dan sunnah. Betapa alpanya kita.. :(

La' Tahzan (Jgn Bersedih)



Jalani Hidup Apa Adanya
Oleh: Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Noraine Abu

Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa, banyak warna. Semua itu bercampur-baur dengan kecemasan dan kesulitan hidup. Dan anda adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran.

Anda tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal, atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan. Bahkan, kadangkala justeru pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak anda sukai. Maka dengan itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau anda mahu selamat dengan adil dan bijaksana. Kerana setiap luka ada harganya.

Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling bertentangan , dan dua pendapat yang saling bertentangan; yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dan setelah itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik, kebagusan dan kebahagiaan itu di syurga. Adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka.

Dunia adalah terlaknat. Semua yang ada didalamnya terlaknat, kecuali zikir (ingat) kepada Allah, perbuatan yang dicintai Allah, dan sesuatu yang dapat mendekatkan diri hamba kepadaNya, serta orang yang berilmu atau orang yang mempelajari ilmu yang bermanfaat, (Al-Hadith)

Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, jangan larut dalam khayalan dan jangan anda menerawang ke alam imaginasi. Hadapi kehidupan ini apa adanya; kawallah jiwa untuk dapat menerima dan menikmatinya! Bagaimanapun, tidak mungkin semua teman tulus kepada anda dan semua perkara sempurna di mata anda. Sebab, ketulusan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia.

Bahkan, isteri anda pun tidak akan pernah sempurna di mata anda. Maka kata hadith:
Janganlah seorang mukmin membenci wanita mukminah (yang menjadi isterinya), kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu dia akan menyukai perangainya yang lain.

Adalah sayugianya bila kita merapatkan barisan, menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyulitkan, menutup mata dari beberapa hal untuk saat-saat tertentu, meluruskan langkah dan mengesampingkan berbagai hal yang mengganggu.

Harian Metro: Pilihan Tertinggi

Pondan Kejam
Oleh Mustapha Ismail
bhmustapha@gmail.com
2010/04/14


BATU PAHAT: Dari luar dia nampak lembut dan bersopan-santun. Namun, perwatakan itu langsung tidak menggambarkan kezaliman seorang pondan berusia 29 tahun terhadap seorang gadis lembam yang dikurung dan ‘diperdagangkan’ kepada lelaki hidung belang selama sebulan.

Malah, mak nyah terbabit sering mengancam dan memukul remaja berusia 19 tahun itu jika enggan melayan nafsu pelanggan yang bertandang ke rumahnya di Taman Soga di sini dengan bayaran RM100.

Hasil perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap remaja itu, mak nyah berkenaan yang juga seorang mak andam menggelarkan dirinya Kak Dhalia meraih pendapatan lebih RM2,000 sebulan.

Bagaimanapun, kegiatan jahat pondan itu dapat dihidu keluarga gadis berkenaan yang mencarinya di sekitar bandar ini sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata pengalaman hitam mangsa bermula apabila mak andam terbabit bertemu remaja berkenaan di Dataran Penggaram di sini, pada malam 3 Mac lalu.

Dalam pertemuan itu, mak nyah terbabit memancing mangsa dengan perwatakan baiknya sebelum mempelawa remaja itu tinggal bersamanya. Dia turut mengambil hati gadis OKU itu dengan membelikan pakaian baru.

Menurutnya, sebaik mangsa tinggal di rumah itu, dia tidak dibenarkan keluar rumah dan diancam akan dipukul jika cuba melarikan diri.

“Sejak itu, mangsa dipaksa melayan nafsu lelaki yang datang ke rumah berkenaan dan jika enggan dia akan dibelasah,” katanya.

Menurut Ibrahim, kegiatan tidak berperikemanusiaan menjadikan gadis OKU sebagai hamba seks oleh pondan berkenaan akhirnya terbongkar apabila sepupu mangsa yang menyamar sebagai pelanggan menemuinya.

Katanya, sepupu gadis OKU itu memaklumkan perbuatan kejam mak nyah terbabit kepada keluarga mangsa sebelum melaporkan kepada polis.

Ibrahim berkata, pondan terbabit yang panik selepas menyedari kegiatannya dihidu pihak berkuasa cuba membuat laporan di Balai Polis Senggarang kononnya dia dipukul abang mangsa namun diberkas memberkas pondan terbabit ketika dia mahu membuat laporan polis.

Katanya, siasatan awal polis mendapati mak nyah berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menjual bahan lucah serta Seksyen 325 iaitu menyebabkan kecederaan parah.

“Polis menyerbu rumah suspek dan hasil pemeriksaan menjumpai beberapa kondom sudah diguna di beberapa tempat, selain wang tunai RM2,247 dalam laci milik pondan terbabit yang dipercayai hasil melacurkan OKU berkenaan. “Selain berdepan tindakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencederakan seseorang menggunakan senjata, pondan itu juga berdepan dakwaan terbabit dalam aktiviti persundalan mengikut Seksyen 372A kanun sama.

“Malah, dia juga berdepan dakwaan mengikut Seksyen 377b Kanun Keseksaan (seks luar tabii), Seksyen 347 Kanun Keseksaan kerana melakukan pengurungan salah dan Seksyen 292A Kanun Keseksaan kerana memiliki 20 klip video lucah.

“Kejadian itu mendorong polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap pondan di bandar ini selepas mendapati ada antara mereka bertindak melampaui batas,” katanya.

Tips mengenali teman pasangan anda



Jangan terlalu seronok berkasih sehingga lupa tanya soalan cepu emas kepada teman anda. Belum terlambat untuk tahu tentang teman anda sebelum berkahwin. Tapi ini bukannya alasan untuk berpisah dengan teman anda andainya jawapan yang diberikan mengecewakan. Cubalah untuk memahami kehendak anda dan teman anda supaya ada kesesuaian. Antara soalan-soalan yg patut ditanya kepada teman pasangan anda:

1. Apakah pandangan dia terhadap kamu?

Rasa terhibur ke? Rasa tenteram ke? Rasa teruja ke? Rasa tersiksa ke?
(Dari jawapan yg diberi, mungkin dia jawab secara jujur atau sebaliknya...
Hanya anda yang dapat menilai sama ada jawapan itu bagus atau tidak. Kalau tak pun, rujuklah pada orang yang anda percayai.)

2. Apakah matlamat hidup yg dia ingin capai dlm masa terdekat?

(Tak perlulah tanya secara formal, nanti dia rasa gerun. Unless, dia betul2 serius utk berkahwin dgn kamu, dia tidak gentar utk menjawab.)

3. Apakah gol jangka panjang yg ingin dicapai?

(Syabas kalau teman anda yakin utk menjawab. Sekurang2nya dia tahu apa yg dia nak dlm hidup dia. You can see his future with you. Insya-Allah. Lainlah kalau jawapan dia menunjukkan dia pentingkan diri sendiri. Adakah anda sanggup berkorban untuk bersama dia dalam mencapai cita-citanya? Betul2 dilema kalau anda sangat mencintai dia..)