Friday, April 23, 2010

Kenapa ada anak-anak yang nakal/meragam?


Kadang-kadang anak selalu meragam. Tak kira masa. Tapi ada masa tertentu especially bila waktu malam dalam kul 3 atau 4 pagi. Kadang-kadang mengigau. Kalau selalu mengigau mesti kita rasa pelik.

Kalau kita suruh mereka solat atau belajar, mungkin mereka akan dengar cakap kita tapi rasa liat sangat nak buat. Tapi mungkin mereka akan memberontak. Cepat marah dan mengamuk hanya disebabkan perkara yang kecil.

Kalau mereka belajar, adakah mereka mudah memahami pelajaran tersebut ? Kadang-kadang puas dihafal bacaan ayat al-Quran jus Amma tapi susah juga nak diingat.

Dalam sebulan, adakah dia selalu sakit? demam panas?

Bila kita melihat kepayahan anak untuk menghadapi kesukaran mereka belajar dan perasaan mereka yang tak menentu, adakah kita tahu puncanya? Salah satu caranya ialah melalui bacaan Al-Quran. Mari kita lihat kaedah yang disyorkan oleh Ustaz Majid.
___________________________________
Ketika anak anda tidur, lakukan langkah-langkah berikut:

1. Ambil wudhuk

2. Letakkan tangan anda di kepala anak berkenaan.

3. Baca - Al-Fatihah (1 kali), Ayat Kursi (7 kali), Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (Setiap satu 3 kali).

4. Perhatikan tangan dan kaki anak anda. Adakah bergerak-gerak semasa bacaan dilakukan?

5. Jika ada, kemungkinan ada gangguan.

Rawatan:

1. Azankan 7 kali di telinga anak berkenaan; atau

2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi dan 4 Qul.

Jika masih ada gangguan, ulangi rawatan. Tetapi jika masih berlaku, berjumpalah mu'allij yang anda yakini. (Dari: Berdialog dengan Jin, Diari seorang perawat oleh Ustaz Abd. Majid Hassan)
__________________________________________
p/s: Saya selalu bacakan al-Fatihah 40 kali, dengan sertakan niat pada ayat ke-4 (Iyya..). Kadang2 nampak jugak jari kaki anak bergerak2... bila hari yang berikutnya dibacakan, makin kurang gerakan...

2 comments:

  1. Zaman moden sekarang ni rata - rata anak - anak terdedah pada gejala yang boleh merosakkan... Hanya didikan yang sempurna boleh membantu menstabilkan keadaan tersebut... :)

    http://tinyurl.com/BisnesInternets

    ReplyDelete
  2. yg hari tu bitahu tu kan. nanti nak try. kengkadang fahim tu main kat luar sampai 7.30mlm. ayah dia tak berapa percaya pantang masuk sblm maghrib. :)

    ReplyDelete