Tuesday, April 20, 2010

Wasiat

50 Wasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita
Oleh: Majdi As-Sayyid Ibrahim


Akhlak Yang Baik

Dari Abud-Darda' radiyallahu'anhu, dari Nabi S.A.W, beliau berkata:

"Sesuatu yang paling berat dalam timbangan adalah akhlak yang baik."

Akhlak yang baik adalah menahan amarah kerana Allah, memperlihatkan wajah yang berseri kecuali kepada ahli bid'ah dan orang keji, memaafkan orang yang salah kecuali untuk mendidik, menegakkan hukuman, tidak mengganggu orang Muslim dan orang yang terikat dalam perjanjian kecuali ada perubahan yang dilakukan orang mungkar dan ada kezaliman terhadap orang yang dizalimi.

p/s: Jika kita jenis bermasalah, adakah wajah kita lebih berseri2 bila bersama dengan kawan2 atau bila bersama dengan parents? fikir2kanlah....

1 comment: