Thursday, May 27, 2010

Menangani Ketagihan Nafsu 'Gelap'

Zaharuddin.net's Notes.
Menangani Ketagihan Nafsu 'Gelap'.

Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.

Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.

Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.

JAWAPAN

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.

Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.

Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ

Ertinya :

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa jawapan saya (RUJUK WEBSITE) sebelum ini :-

* · Zuriat dan keluarga zina

* · Gadis Hampir terlanjur

* · Lelaki telah terlanjur

Allah swt juga menegaskan :-

إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)

BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ?

Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.

Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Apa yang perlu adalah : -

* Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.

* Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.

* Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.

Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Seperti menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.

Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan, bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah. Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.

Pesakit kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat buruk melanggarinya.

Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefahaman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.

Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

* azab api neraka,
* azab kubur,
* mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
* kejauhan dari rahmat Allah swt serta
* tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
* dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

* penceraian akan berlaku akibatnya,
* pasangan zina mengandung,
* bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
* mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
* apa akan jadi kepada anak-anak ?,
* kejian masyarakat,
* ditangkap basah dan diumum di media,
* adik beradik mengeji,
* akan dijangkiti AIDS,
* dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
* dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG?

Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.

SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-



* 1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.





* 2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.





* 3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.





* 4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.





* 5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.





* 6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.





* 7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.





* 8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.





* 9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.





* 10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.





* 11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan





* 12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.





* 13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.





* 14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.





* 15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.





* 16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-



وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )





* 17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.





* 18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.





* 19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.





* 20. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )



Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

original article : http://www.zaharuddin.net/content/view/856/72/

Tuesday, May 18, 2010

Sindrom Hotaru no Hikari


Pernah tak anda terjumpa orang yang begitu bersemangat bekerja, sanggup bersusah payah demi keluarga, kawan dan orang yang tercinta tapi pada diri dia, dia tidak perlukan apa-apa kecuali bermalas-malasan?

Dia akan struggle untuk buat apa sahaja tugasan yang diberikan. Kalau dia seorang pelajar, dia akan belajar bersungguh-sungguh. Kalau dia seorang pekerja, dia akan bekerja bersungguh-sungguh.

Tapi jika kita tanya pada dia, apa yang dia mahu dalam hidup dia. Dia akan terpinga-pinga sebentar. Sebab dlm aturan hidup dia, dia akan buat yang terbaik. Dia lebih cenderung untuk bekerja dengan orang lain berbanding untuk kerja sendiri. Jadi, walaupun dia telah menjadi pekerja yang berpangkat tinggi, belum tentu lagi itu adalah kemahuan dia yang sebenarnya.

Kalau dia belum bercinta, mungkin dia hanya akan minat orang yang dia suka dari jauh sahaja. Dia tak akan berusaha untuk mendapatkan peluang untuk menghubungi orang itu. Kalau orang yang dia suka adalah kawannya, dia akan bersusah-payah membantu tapi bukannya bersusah payah untuk merebut cinta atau menunjukkan cinta dia kepada si dia. Ada orang kata dia ada ego kerana menahan perasaan. Tapi dia tidak ego.

Dia mengalami Sindrom Hotaru No Hikari... Hanya orang yang benar-benar memahaminya akan menjadi pusher untuk menggerakkan /mencetuskan kuasa dalaman dia. Pusher akan memastikan dia berjaya menyampaikan mesej cinta kepada sidia. Pusher akan memastikan dia tahu apa yang dia hendak dlm hidup dia. Penat menjadi Pusher kepada orang yang mengalami Sindrom Hotaru No Hikari nih...

Walaupun kita rasa kasihan kepada orang yang sebegini, tetapi bagi mereka, tidak ada tekanan dalam hidup. Ini kerana mereka mudah menerima keadaan di sekeliling mereka. Mereka tidak mudah stress, mungkin hanya kecewa sedikit kerana gagal menggembirakan orang yang dia mahu. Tetapi stress yang mereka alami tidak berpanjangan. Mereka akan sentiasa cool down, and do their best. I know that many of us wish to have a 'Cool Down Syndrome'. Memang susah nak dapat penyakit Darah Tinggi :D

Adakah sindrom Hotaru no Hikari ni berpunca daripada tekanan yang dia alami semasa dia masih kecil lagi? Apa pendapat anda?

Thursday, May 13, 2010

Suara pengubat Jiwa

Siapa sangka suara boleh menjadi pengubat jiwa.

Bila rindu, dengar suara sudah cukup mengubat rindu.
Bila bersedih, dengar suara sudah cukup hiburkan kita.
Sebab itu, kita perlu bercakap dengan penuh hikmah, tak perlu menengking, menjerit atau marah2.

Hayatilah masa bersama anak ketika dia masih perlukan kita. "We are wanted".
Bila dia makin pandai berdikari, secara tak langsung, dia makin kurang perlukan kita. And at that time we are not really wanted...unless we always be at their sides... (not to spoil the kid, but to guide them :D)

Some people think,"Don't get things complicated unless you tell your parents". But someday, you'll be a parent too, and yet your kids will do the same things to you too...
Thus, think positive :D
Think wisely
Think, think, think why our parents love us...

"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)
__________________________

Suara ibu boleh tenangkan anak

2010/05/13

SINGAPURA: Satu penyelidikan terbaru mendapati, suara ibu sudah cukup untuk menenangkan anak mereka, penemuan yang pasti memberi kelegaan dan mengurangkan rasa bersalah ibu bekerja kerana hanya dapat berhubung dengan anak melalui telefon pada kebanyakan masa.

Kajian dijalankan penyelidik Amerika yang ingin mengetahui bagaimana interaksi suara memberi kesan kepada orang tersayang, menguji paras hormon penenang oxytocin ke atas kanak-kanak perempuan yang sedang menghadapi tekanan.

Seramai 61 kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh dan 12 tahun, diminta mengaturkan satu persembahan di hadapan orang tidak dikenali dan kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan

Satu daripada kumpulan itu ditenangkan oleh ibu yang hadir selepas persembahan, kumpulan kedua bercakap dengan ibu masing-masing hanya melalui telefon manakala kumpulan ketiga tidak berinteraksi langsung dengan ibu mereka.

Hormon tekanan kanak- kanak berkenaan dipantau sepanjang proses itu dan penyelidik mendapati, kanak-kanak yang ditenangkan sama ada secara fizikal atau dengan suara, mengeluarkan paras oxcytocin yang sama, berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan ibu mereka.

“Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang kurang sokongan daripada keluarga dan rakan akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih rendah.

“Interaksi suara mungkin mampu memberi kelegaan yang sama dengan hubungan secara bersemuka, termasuk sentuhan,” kata penyelidik. – Reuters

Monday, May 10, 2010

BaCa Lah Anak Ku... aduuiiiiii


Kalau dulu kita tak pergi Tadika, mak dan ayah tak pening kepala kerana darjah 1 memang belajar ABC ... Tapi sekarang lain. Darjah satu dah mesti pandai baca, bahkan dah kena pandai buat ayat.

Jadi, bila anak dah umur 6 thn, kalau tak pandai baca lagi...kita dah mula rasa gusar. Apakah cara yang paling efektif untuk anak pandai baca? hantar tadika dah memang confirm buat. Kerja sekolah pun memang confirm cikgu ada bagi. Tapi adakah mereka betul2 sudah boleh membaca dan sudah ada pemahaman yang mantap?

Kecerdasan anak adalah berbeza bagi setiap individu. Tetapi itu bukanlah satu alasan kalau anak kita masih belum pandai membaca. Mesti boleh. Tak boleh kalau kita fikir belum tiba masanya lagi.

Masalah yang akan dihadapi jika kita menggunakan Read Easy dan Bacalah Anakku secara leka ialah anak akan menghafal ayat. pelik tetapi benar. Suku kata memang digunakan berulang-ulang tetapi mereka masih tak dapat bunyikan. Malah mereka menghafal ayat tersebut. Patutlah laju je baca...rupa-rupanya hafal. Bertuah betul anak.. :D

Jadi, penyelesaian pertama yang cuba dibuat ialah menggunakan Kad Suku Kata. Memang bagus. Merangkak-rangkak dia baca. One step forward. But not good enough.

Penyelesaian yang kedua, ialah membeli buku aktiviti Read Easy dan Bacalah Anakku.
Sambil dia membuat aktiviti buku tersebut, dia refer sekali pada buku bacaan. Ada perubahan yang baik. Dia dah mula sedar membaca buku tak cukup tapi dengan latihan, dia makin memahami bacaan buku tersebut. One step forward but not good enough.

Penyelesaian yang ketiga, disebabkan pengaruh PC Games dan PS2/PSP makin kuat dikalangan anak-anak, saya membeli CD PC Game yg berbentuk educational. Menariknya bermain game tersebut sehingga mereka terjerit2 menyebut words yang dipaparkan. Tapi pada permulaan game tersebut memang kena dibimbing kerana mereka tidak biasa dengan steps dlm game tersebut. Bila mereka dah tahu apa yang perlu dibuat, baru seronok mereka bermain. Alhamdulillah...one step forward but still not good enough.

Penyelesaian yang keempat, menanti masa yang sesuai utk mereka membaca buku cerita selain asyik baca komik. :D

Monday, May 3, 2010

Muhammad S.A.W menurut pendapat Ahli-Ahli Fikir Barat yang jujur

Salah satu para intelektual dan ahli fikir barat yang menumpukan minatnya di atas peribadi atau personaliti Baginda ialah Michael Hart.

____________________________________________
(Wikipedia)

His first book was The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, which has sold more than 500,000 copies and been translated into 15 languages. What mainly surprised readers in this book was the first person on Hart's list (Hart, 1992). Hart decided to choose Muhammad over Jesus or Moses. Hart attributes this to the fact that Muhammad was "supremely successful" in both the religious and secular realms. He also writes that Muhammad's role in the development of Islam is far more influential than Jesus's collaboration in the development of Christianity. He attributes the development of Christianity to St. Paul, who played a pivotal role in the dissemination of Christianity.
_____________________________________________

Mereka benar-benar mengkaji kejayaan Rasulullah. Adakah dalam hati kita ada cinta tulus kepada Rasulullah dan benar2 mengenalinya?

Saturday, May 1, 2010

Drama Crazy....

Due to my addictness to asian drama, I could watch 16 episodes of You're Beautiful within 4 days. Laughing, smiling and crying while watching the drama. Our life is already a drama...
Do you feel angry, happy, or sad today? Why?

You're Beautiful / You’re Handsome / 미남이시네요





Tae Kyung and On Yu are in search of a new member for their idol group, A.N.JELL. However, since Mi Nam suffers an injury at the last moment, his twin sister Min Nyu is asked to step in for him. The rest of the drama follows the behind-the-scenes life of an idol group.

(Credits: DramaWiki)