by Dr Raghib As-Siriani
Pernah salah seorang penguasa Yahudi, menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu perkara iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh sama dengan jumlah jemaah mereka yang menunaikan solat Jumaat.
Sama ada perkataan ini memang benar diucapkan orang Yahudi atau tidak, yang pasti ini benar adanya.
Tanpa solat Subuh, umat Islam tidak lagi berwibawa. Tidak selayaknya umat ini mengharapkan kemuliaan, kehormatan, dan kejayaan, jika mereka tidak memperhatikan solat ini.
Ada sesuatu catatan yang mungkin aneh, namun begitu penting. Saya mendapatnya dalam Surah Al-Israa'. Terdapat firman Allah yang bermaksud:
"Dirikanlah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan (dirikanlah) solat Subuh sesungguhnya solat Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)." (al-Israa':78)
RAHSIA SALAHUDDIN MENGEMBALIKAN KEKUATAN UMAT
Bagaimana usaha yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayyubi dalam mengembalikan kekuatan umat? YAng pertama beliau perhatikan adalah mendorong mereka menunaikan solat di masjid. Beliau meyakini, hanya tentera yang solat berjemaah sahajalah yang mampu mengalahkan orang Kristian atau musuh-musuh Allah yang selainnya.
"Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." (Al-Hajj:40)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

solat subuh ade keistimewaannya tersendiri. rugi pada yg meninggalkannya...
ReplyDelete