Tuesday, July 13, 2010

Aku lebih baik daripada kamu?

by Pahrol Mohamad Juoi

(Ringkasan dari Solusi Isu No 21)

Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan ekslusif Allah s.w.t. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabarNya. Orang yang takabbur pasti lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku. Maka seiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti kulemparkan ia ke dalam jahanam." (Riwayat Abu Daud no 4092 dan Ibn Majah no 4147)

Para ulama menjelaskan ada tiga ciri utama individu yang takabbur. ciri-ciri itu adalah:
- Merasa diri lebih
- Menghina orang lain
- Menolak kebenaran

Tanda Takabbur
1. Tidak suka berdoa
2. Mudah Terluka dan Melukakan Hati Orang Lain
3. Sukar Memberi dan Meminta Maaf
4. Memotong Cakap Orang Lain
5. Gila Kuasa dan Jawatan
6. Cara Berpakaian dan Berjalan yang Angkuh
7. Gila Pujian
8. Bencana yang Menimpa Pesaignya Dianggap Hasil Kelebihan Dirinya
9. Tidak Suka Berziarah

Kesan Takabbur
1. Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur
2. Tidak disukai Allah
3. Terhalang daripada masuk syurga
4. Idaman neraka jahanam
5. Terjerumus dalam maksiat
6. Allah tidak akan memandang kepadanya
Sabda Rasulullah yang bermaksud:"Tiga (golongan) yang mana Allah tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat kelak dan tidak disucikan Allah iaitu orang tua yang berzina, raja yang menipu dan orang fakir yang sombong." (Riwayat al-Baihaqi)
------------------------------------------

Marilah kita saling maaf-bermaafan diantara satu sama lain.
I feel pity for other people who still deny other people's rezki from Allah....
Get your life and move on... :D

3 comments:

  1. siapa la agaknye tu yeh :D

    ReplyDelete
  2. time kasih sbb paste tazkirah ni

    ReplyDelete
  3. :) Bukannya ditujukan kepada individu tertentu. Lebih selesa sebagai peringatan utk diri kita sendiri. Ayat 10 Surah Al Baqarah: "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambah penyakitnya..." Nauzubillah...

    Rasulullah pernah berkata, "kita hanya musafir, sekadar menumpang di bumi Allah dan pergi..."

    ReplyDelete