Saturday, September 11, 2010

Hikmah Musibah

Ringkasan artkel "Hikmah Musibah" oleh Pahrol Mohamad Juoi
Dari Majalah Solusi Isu no 19

Selaku umat Islam kita wajib meyakini kasih sayang Allah yang sentiasa melindungi kahidupan kita. Kalimah "Bismillahir Rahman nir Rahim" - dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang - sentiasa menjadi sebutan kita.

Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Adakah sudah sirna kasih sayang-Nya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kadang-kadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi sebenarnya ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, Insya-Allah.

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketengan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa.

Hikmah kata Ibn Ata'illah

Seorang ahli hikmah, Ibn Ata'illah Askandari pernah berkata, sesiapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hatinya."

Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatan pahit. Beliau berkata lagi,"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu tanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu pendekatan Allah untuk mendidik manusia dan tiada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Apabila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dia yang menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan kamu yang terbaik amalannya."(Surah al-Mulk 67:2)

Apa itu Musibah dan Kenapa Perlu?

Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibag ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia iaitu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain-lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musbiah?

Musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah Maha Mengetahui) sejauh mana keimanan hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."(Riwayat Muslim no 6708)

Bersambung.....

Ulasan: Marilah kita mengharapkan keredhaan Allah. Ya Allah, ringankanlah beban kami. Mudahkanlah urusan kami. Kuatkanlah iman kami. Amin

No comments:

Post a Comment