Thursday, October 20, 2011

Anak yang berdendam

Pernah tak jumpa, didalam sebuah keluarga, salah seorang anak sering menjadi mangsa kemarahan ibu bapanya. Malah, mungkin dia sering bergaduh dengan adik beradiknya.

Pada hemat kita, selalunya perkara begini alah tegal biasa. Anak nak membesar mestilah kadang-kadang meragam. Tapi sebenarnya perkara begini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika kita menghadapi situasi begini, kita perlulah selidik lebih mendalam lagi kenapa anak tersebut menjadi mangsa kemarahan. Kadang2, tengok muka anak itu pun dah boleh rasa nak marah. Pelik kalau begitu.

Syaitan sering mencari jalan utk memusnahkan kita tak kira apa jua cara pun. Huru hara walau sekecil mana pun jadilah... sikit2 lama jadi bukit. Anak yg mula kenal erti hidup mesti rasa sengsara kerana kesalahan yg kecil pun menjadi kemarahan tanpa sedikit pengampunan. Dia yg bingung terus menjadi marah kerana rasa tidak diadili dgn baik berbanding adik beradiknya yg lain.

Syaitan membisikkan kpd anak yg baru belajar hidup...alang-alang dah kena marah, biar marah abis. Buat apa2 pun kena marah juga. Begitulah ajakan syaitan. Ibubapa mula bingung lihat anak makin nakal. Makin kuat dimarah, makin kuat buat hal. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Alhamdulillah, kita ada Al-Quran yg menjadi panduan hidup kita. Melalui rujukan kepada kisah2 di dalam Al-Quran, kita sedar setiap perkara ada penawarnya. Melihat anak yg berdendam, kita perlu menanganinya dengan baik kerana jiwa anak tersebut telah kacau. Bukan sahaja s anak, malah si ibu dan bapanya pun jiwanya kacau. Sentiasa marah tak tentu hala dan memukul sesuka hati bukan satu tindakan yg wajar. Jika dibiarkan melarat, sampai anak tersebut dah besar pun berdendam juga.

Cara-cara untuk mengubati sifat amarah ibubapa dan anaknya :-
1. sentiasa membaca al-quran / ayat-ayat rukyah
2. zikrullah
3. solat sunat

Cara utk menjadikan keluarga harmoni :-
1. solat berjemaah sekeluarga

Jika berlaku sihir didalam keluarga:-
1. ayat-ayat rukyah
2. rawatan Islam